Sayur Import Tidak Dibenar Dijual Di Pasar Tani & Agrobisnes

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Semua pasar tani dan Terminal Agrobisnes Negara (Teman) di seluruh negara tidak lagi dibenarkan menjual sayur import menjelang tahun 2015, bagi mengelakkan pesaran sayur tempatan terjejas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata pada tahun itu, semua pasar tani dan Teman perlu mendapatkan bekalan sayur tempatan.

"Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan hasil pertanian negara dan jika kita memasarkan produk luar, tidak ada maknanya kerajaan membina Teman dan mewujudkan pasar tani," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan warga kementerian tersebut di sini, Khamis.

"Di Teman ketika ini, kira-kira 40 peratus bekalan sayur datang dari negara jiran dan sebab itu kementerian mahu sayur yang boleh didapati di dalam negara dipasarkan di Teman," tambahnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Tan Sri Annuar Musa dan 1,000 kakitangan agensi kementerian. Noh berkata kementeriannya mahu menggalakkan petani dan rakyat meningkatkan hasil pertanian menerusi penggunaan teknologi terkini bagi mengeluarkan bekalan pertanian yang mencukupi untuk dipasarkan.

Belau berkata bagi meningkatkan hasil pertanian, kementerian itu melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan telah mengenal pasti 2,000 pengusaha pasar tani yang boleh mewujudkan rangkaian petani di bawah mereka melalui konsep peladangan kontrak.

"Sebagai contoh, jika di bawah seorang pengusaha itu terdapat lima petani, kementerian akan membantu petani berkenaan mendapatkan modal pinjaman segera dan kemudahan lain untuk menanam sayuran," katanya.

Noh turut mengingatkan para pegawainya agar tidak mensabotaj pelaksanaan Dasar Pertanian Negara dengan tersalah memberi maklumat kepada petani yang boleh memberi persepsi buruk kepada kerajaan.

"Jangan sabotaj dasar kerajaan yang ada kerana jika salah memberi maklumat kerajaan akan dianggap 'cakap tidak serupa bikin' dan saya harap mana-mana pihak yang ada maklumat mengenai perkara ini boleh laporkan kepada saya sama ada secara terus, melalui Facebook atau blog," katanya. Beliau juga berkata kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir PAS tidak bersungguh-sungguh untuk membantu meningkatkan hasil pertanian dengan hanya memperuntukkan jumlah yang kecil selain kurangnya kerjasama dengan kerajaan pusat bagi tujuan itu.

"Kita perlu kerjasama kerana negeri berkuasa mengenai tanah manakala pusat mempunyai bajet yang cukup. Kerajaan pusat telah memperuntukkan jumlah yang jauh lebih besar bagi meningkatkan hasil pertanian di Kelantan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan