Phahrolrazi, Dr Ismail Angkat Sumpah Exco Kedah Minggu Depan

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan Kedah di bawah pimpinan PAS akan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan portfolio yang lebih kecil pada minggu hadapan.

Selain itu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak akan memperolehi elaun Exco Kerajaan Negeri selama sebulan kerana mereka tidak berkhidmat pada sesi sidang DUN yang berakhir awal Mac kerana didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sumber daripada Wisma Darul Aman berkata gaji pemandu serta pembantu kepada dua ADUN berkenaan turut dihentikan sehingga notis baru dikeluarkan.

Difahamkan kedua-dua ADUN berkenaan akan mengangkat sumpah pada 5 April ini sebelum ini Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memperkenankan pelantikan mereka pada 9 Mac lalu.

Pelantikan semula mereka menjadi isu apabila tempoh pelantikan terdahulu tamat sebulan lalu.

Pada awalnya, mereka bertegas untuk enggan menerima pelantikan semula tersebut dan menggesa Azizan meneruskan cutinya sebagai salah satu syarat supaya mereka dapat kembali sebagai ahli exco.

Bagaimanapun, Jawatankuasa PAS pusat pada 5 Mac telah mengarahkan Phahrolrazi dan Ismail menerima jawatan exco tanpa sebarang syarat.

Jawatankuasa tersebut turut menegaskan bahawa Azizan akan kekal sebagai Menteri Besar.

Kesannya, portfolio yang disandang oleh Phahrolrazi akan dikurangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa, Sumber, Bekalan Air dan Tenaga.

Sebelum ini beliau memegang portfolio yang lebih berpengaruh iaitu, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, portfolio Dr Ismail akan dihadkan kepada Jawatankuasa Kesihatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kerana sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Inovasi dan Teknologi Komunikasi.

Ketika dihubungi Azizan mengesahkan kedua-dua ADUN berkenaan akan mengangkat sumpah minggu hadapahn.

“Mereka akan melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri sebaik sahaja mereka angkat sumpah,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan