Najib Gesa Lebih Ramai Rakyat Malaysia Melabur Di Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYITAW (Myanmar): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis meminta masyarakat Malaysia di Myanmar, yang kebanyakannya ahli perniagaan, membantu membawa masuk lebih ramai rakyat Malaysia ke negara ini, yang dijangka akan berkembang sebaik sahaja sekatan ke atasnya ditarik balik.

Sebagai perintis perniagaan Malaysia di Myanmar, Najib berkata pengalaman dan usaha mereka amat berguna bagi meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang strategik untuk merebut peluang di negara ini.

"Anda semua di sini adalah perintis, saya harap anda semua bersedia dan membuka pintu kepada lebih ramai masyarakat perniagaan Malaysia datang ke sini.

"Kita perlu meletakkan diri kita bahawa kita dalam kedudukan yang strategik untuk mengambil peluang dalam negara ini yang sedang dalam perjalanan ke arah liberalisasi, pembaharuan, progresif dan demokrasi," katanya semasa berucap di hadapan masyarakat Malaysia di Myanmar di sini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Myanmar, yang berakhir pada Khamis.

Najib berkata beliau dapat merasai keikhlasan Presiden Myanmar U Thein Sein untuk mengambil perjalanan itu, yang mana disifatkannya (Presiden) sebagai "yang tidak boleh dipulihkan".

Sambil berharap bahawa rakyat Malaysia dapat memberi respons kepada perkembangan itu dengan cara yang positif, Najib berkata sementara kerajaan hanya dapat bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan sokongan tetapi "pada akhirnya, anda perlu merebut peluang-peluang itu".

Pada majlis itu, Najib juga mengumumkan penubuhan pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Myanmar pertengahan tahun ini bagi memudahkan usaha perniagaan Malaysia.

Najib berkata apabila beliau memberitahu Thein Sein supaya memperluaskan perdagangan dua hala, pemimpin Myanmar itu bersedia dan mahu lebih ramai rakyat Malaysia melabur di negara ini.

"Pada dasarnya, mereka sedang melihat bagaimana Malaysia boleh melabur dan memberi nilai tambah kepada produk mereka," katanya sambil menambah bahawa peluang-peluang pelaburan yang ada adalah dalam bidang pembuatan, perladangan, sektor perkhidmatan, minyak dan gas.

"Selain itu, Myanmar, yang disifatkan sebagai "flavour of the year", mempunyai sumber yang diperkukuhkan dengan rakyatnya yang rajin dan sedia untuk bekerja kuat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan