Malaysia-Myanmar Komited Pertingkat Hubungan Dua Hala

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYITAW: Pemimpin Malaysia dan Myanmar bersetuju untuk memupuk hubungan politik, kerjasama dalam bidang strategik serta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala.

Komitmen mereka terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein di Pejabat Presiden Kesatuan di sini, Rabu.

Najib, yang tiba di sini Rabu untuk lawatan rasmi dua hari ke Myanmar, mengadakan mesyuarat tertutup dengan Thein Sein selepas diraikan pada majlis sambutan sebelum itu.

Sambil menyatakan perasaan puas hati masing-masing dengan keadaan hubungan dua hala di semua peringkat, termasuk pertumbuhan positif dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk memantapkan hubungan dua hala sedia ada dan berusaha meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

"Kedua-dua pemimpin sependapat bahawa kepercayaan dan persefahaman antara mereka, termasuk kekerapan penglibatan masing-masing dalam dialog, merupakan langkah yang boleh meningkatkan hubungan persahabatan dan bersifat membina antara kedua-dua negara," kata kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama pertama, yang akan diterajui menteri luar negara masing-masing untuk memudahkan lagi perundingan dan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama pada tarikh yang dipersetujui.

Mereka juga bersetuju untuk memupuk hubungan dalam bidang politik melalui pertukaran lawatan di semua peringkat untuk memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Di samping itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneroka kemungkinan meluaskan kerjasama dalam sektor yang berpotensi dalam ekonomi Myanmar, khususnya perladangan, pertanian, tenaga, pembinaan, pembuatan, telekomunikasi, pelancongan dan hospitaliti, yang Malaysia memiliki banyak pengalaman mengenainya.

Pemimpin kedua-dua negara itu juga berpuas hati dengan kerjasama rapat antara Malaysia dan Myanmar dalam bidang tenaga kerja dan sumber manusia serta mengakui kepentingan sumbangan tenaga kerja warga Myanmar dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Najib dan Thein Sein juga bersetuju meneruskan kerjasama dalam bidang pembinaan keupayaan melalui kursus dan latihan yang dikenal pasti melalui Program Kerjasama Teknikal (MTCP) berdasarkan keperluan segera Myanmar.

Di samping itu, kedua-dua pemimpin turut berazam untuk terus bekerjasama rapat bagi memastikan Myanmar dipilih menjadi pengerusi Asean pada 2014 sebelum diambil alih oleh Malaysia pada 2015.

Najib dan Thein Sein juga berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin dalam usaha melatih pegawai muda, termasuk pegawai diplomatik peringkat pertengahan, untuk meningkatkan kemahiran mereka sebagai persiapan Myanmar menyandang jawatan pengerusi Asean pada 2014.

Kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang sukan melalui bantuan serta perkongsian pengalaman, sejajar dengan persiapan Myanmar untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun depan.

Di samping itu, dua pemimpin berkenaan menegaskan sekali lagi bahawa lawatan rasmi Najib berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Myanmar.

Najib juga menjemput Thein Sein melakukan rasmi ke Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan