Malaysia Pertimbang Rakyat Myanmar Berkhidmat Sebagai Pembantu Rumah

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAYPYITAW (Myanmar): Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir pada Khamis.

Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya Khamis.

Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut.

"Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.

"Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya," katanya.

Najib berkata Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Sambil menyifatkan rakyat Myanmar sebagai "rakyat yang sopan", Najib berkata ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk meneruskan dengan cadangan itu jika mereka mampu dapat menyeduaiakn diri dengan budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada Myanmar bahawa kira-kira 250,000 rakyat Myanmar telah didaftarkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan