Malaysia Ambil Masa Panjang Untuk Maju Jika Rakyat Tiada Nilai-Nilai Murni - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Negara akan mengambil masa yang panjang untuk mencapai status negara maju jika rakyat tidak berpegang kepada nilai-nilai murni, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya beliau yakin negara akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan termasuk Wawasan 2020 jika rakyat mempunyai sikap amanah, bekerja dengan baik dan sedar akan tanggungjawab mereka kepada negara.

"Jika kita berbuat demikian, hari ini kita sudah menjadi negara maju tetapi kita dapati sebahagian daripada rakyat Malaysia tidak belajar menguasai ilmu. "Apabila bekerja, bekerja mengikut pendapatan yang diterima sahaja, tidak mengikut kepuasan hati, yang kadangkala tidak ada di Malaysia.

"Sebaliknya, jika kita seperti orang Jepun yang berusaha untuk memulihkan negara yang telah hancur kerana perang, bekerja dengan cukup baik, dalam jangka masa pendek sahaja mereka dapat memulihkan negara mereka sepenuhnya sehingga menjadi negara kedua termaju di dunia," katanya. Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab bersama pelajar Permata Pintar, sempena program Bual Bicara bersama beliau di Kompleks Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, Khamis.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Sambil memuji program Permata yang diadakan bagi pelajar-pelajar pintar di Malaysia amat baik, Dr Mahathir turut berpendapat bahawa negara tidak memberi tumpuan kepada pembentukan karakter yang baik iaitu individu yang berpegang kepada nilai-nilai hidup yang mulia.

"Jika kita tidak menjadi karakter yang baik, tidak mengutamakan kebaikan, ini yang kita dapati ia mungkin digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

"Misalnya, jika kita menjadi pakar dalam bidang fizik, kita jadi pengganas, kita jadi pakar bagi bahan letupan untuk pengganas. (Sehubungan itu) pembentukan karakter amat penting bagi kita," katanya. Mengulas mengenai program Permata, Dr Mahathir berkata generasi sekarang kini mempunyai banyak peluang untuk mempertingkatkan bakat mereka berbanding dahulu yang dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Katanya kewujudan sekolah sedemikian amat penting untuk mengenal pasti lebih awal pelajar pintar yang mempunyai potensi tinggi.

Beliau turut yakin langkah itu akan dapat memberi banyak manfaat kepada negara yang sedang membangun yang ingin mempercepatkan proses pembangunan.

"Dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan negara, kita perlu mendapatkan rakyat yang pintar yang boleh bersaing dengan negara lain.

"Saya yakin pendekatan yang diambil oleh sekolah ini, potensi yang ada pada pelajar ini akan dapat dipertingkatkan dan mereka juga akan mempunyai sikap jati diri seperti yakin kepada diri sendiri," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada pihak yang mencipta tentang perlunya sekolah tersebut.

Beliau juga yakin negara tidak akan kehilangan bakat yang dapat membantu negara mencapai status negara maju pada 2020 apabila melihat semangat dan kebolehan yang terdapat di kalangan pelajar tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan