Gangguan Bekalan Air Di Machang, Pasir Puteh & Kota Bharu Mulai Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jajahan Machang, Pasir Puteh dan beberapa kawasan di ibu negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong dalam tempoh tiga hari mulai Sabtu ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Berhad (AKSB) Hazwan Hassan, berkata antara kawasan terlibat di jajahan Machang ialah Bandar Machang; Pulai Chondong; Labok; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang; Padang Selising; Bukit Tiu; Banggol Petai; Kweng Hitam; Pangkal Meleret; Wakaf Bata; Paloh Rawa dan Kemuning.

Bagi jajahan Pasir Puteh kawasan terlibat ialah Bukit Bidang; Taman Sentosa; Alor Hijau; Selising Jeram; Dalam Rhu; Semerak; Tok Bali; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah; Kampung Jerus; Bukit Abal; Sri Aman; Taman Kobena; Kampung Lepah; Kampung Berangan; Banggol; Telipot; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah dan Kampung Jerus.

Kawasan terlibat di jajahan Kota Baharu pula ialah Kok Lanas dan kampung-kampung sekitarnya.

"AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam itu dijangka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja siap dijalankan di loji itu.

Katanya, untuk maklumat lanjut pengguna boleh menghubungi Pusat Talian Info (PINTAS) di talian 1300-88-2572 atau layari laman web AKSB di www.airkelantan.com.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan