Eksploitasi Kanak-Kanak: Dua Kes Dilaporkan - Seai Kei - Berita Semasa | mStar

Eksploitasi Kanak-Kanak: Dua Kes Dilaporkan - Seai Kei

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kes mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan mengutip derma yang melibatkan empat kanak-kanak dilaporkan hasil usahasama yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata usaha itu dijalankan untuk mencegah kegiatan tersebut.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah meminta pihak berkuasa agama negeri untuk mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan secara bersepadu bagi menahan pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak.

"Kementerian memandang serius akan kes yang melibatkan eksploitasi kanak-kanak dalam aktiviti mengutip dana atau meminta sedekah dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak yatim.

"Sehubungan itu, JKM menjalankan operasi dari semasa ke semasa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi untuk mengutip derma dan meminta sedekah di tempat awam," katanya ketika menjawab soalan Datuk Matulidi Jusoh (BN-Dungun) yang ingin tahu mengenai tindakan bersepadu yang diambil untuk menangani eksploitasi anak yatim dan pusat tahfiz dalam aktiviti mengutip derma.

Heng berkata pada 2 Ogos lepas, Kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jakim, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan JKM bertujuan menjalankan operasi bersepadu.

Katanya, apabila operasi itu dijalankan kanak-kanak akan diselamatkan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan ditempatkan di tempat selamat manakala mereka yang terlibat dalam kes ini akan ditahan, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 32 akta itu.

Menurut beliau, jika disabitkan kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan perlu menyempurnakan bon dengan perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak untuk memastikan mereka menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya. Sementara itu, Heng berkata kerjasama daripada semua pihak adalah penting demi menangani masalah eksploitasi kanak-kanak ini.

Katanya, masyarakat boleh membantu dengan membuat panggilan di talian Nur 15999 dan pihaknya akan mengambil langkah seterusnya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan