BN Perlu Gabungan Calon Profesional Berdasarkan Hierarki Parti - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Barisan Nasional (BN) perlu ada gabungan antara golongan profesional dan yang dipilih berdasarkan hierarki parti sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata BN dan Umno tidak boleh memilih semua calonnya daripada golongan profesional atau hanya barisan pimpinan dan anggota parti sahaja.

Kedua-dua golongan wajar diketengahkan untuk menjadi calon yang berkredibiliti, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 1,000 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno wajar membuat pertimbangan untuk membuka peluang kepada golongan profesional untuk dipilih sebagai calon bagi mewakili BN pada PRU-13.

Ahmad Zahid yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata penyertaan golongan profesional sebagai calon dapat memperkukuhkan kreadibiliti mereka dan relevan dalam suasana politik pada masa kini.

"Ini kerana masyarakat sekarang semakin canggih sifatnya dan mereka bijak menilai parti mana yang boleh mengenengahkan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat termasuk daripada golongan profesional," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan BN telah mula mengenal pasti calon golongan profesional yang perlu diketengahkan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan