Stesen Keretapi Sementara Gurun Berpindah Ke Tapak Baru Esok

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Lokasi stesen sementara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini bagi menggantikan stesen lama yang telah dirobohkan, akan beroperasi di tapak baru yang berhampiran mulai Khamis.

Ia dipindahkan ke Km 37, Jalan Persekutuan 1 (FT01) Sungai Petani-Alor Setar yang terletak berhadapan sebuah gereja dan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 6.30 pagi.

"Ia berada lebih kurang 200 meter dari stesen lama iaitu di sebelah stesen baru yang masih dalam proses pembinaan," kata jurucakap KTMB kepada pemberita, Rabu.

Perpindahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar oleh kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV).

Jurucakap itu berkata stesen sementara akan beroperasi sehingga selesai kerja pembinaan stesen baru yang dijangka awal tahun depan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline MGJV di 1-300-80-1999.

Jurucakap MGJV pula berkata kerja pembinaan landasan kereta api berkembar itu kini secara keseluruhan siap 82.3 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2013.

Di Kedah, ia telah siap 78 peratus, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan