SPRM Siasat Semua Kes Dakwaan Rasuah - Berita Semasa | mStar

SPRM Siasat Semua Kes Dakwaan Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu memberi jaminan semua kes membabitkan dakwaan rasuah akan disiasat, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata selagi kes itu dalam lingkungan Akta Anti Rasuah 2009, ia akan disiasat tanpa rasa takut dan memihak dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Katanya siasatan tidak hanya terbatas kepada laporan rasmi yang dibuat tetapi suruhanjaya itu juga akan mengumpul dan menilai maklumat daripada saluran lain termasuk akhbar dan Internet bagi dakwaan rasuah.

"Kami akan siasat sebarang maklumat yang kami percaya bahawa kesalahan rasuah itu telah dilakukan. Kita mengalu-alukan sebarang aduan mengenai rasuah.

"Selain daripada rasuah, saya harap mereka akan merujuk kepada pihak berkuasa yang betul," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata satu mesyuarat jawatankuasa harian diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan meneliti dan membincangkan sebarang dakwaan yang dibangkitkan mengenai rasuah melalui saluran lain.

"Kita akan buat penilaian. Kalau benda itu wajar, mempunyai keterangan dan fakta yang cukup, kita akan tengok," katanya.

Sebelum itu, Abu Kassim menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang bertujuan bagi meningkatkan integriti dan budaya korporat syarikat yang bebas daripada rasuah.

Majlis itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Turut hadir Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam.

MoU itu antara lain akan memberi kuasa kepada SPRM untuk menyaring pegawai-pegawai kanan dan calon bagi menjawat kedudukan kanan dalam Prasarana atas sebarang elemen rasuah.

Ia juga akan membenarkan seorang pegawai SPRM untuk dipinjamkan kepada Prasarana sebagai ketua pegawai integriti (CIO) di mana dia akan bekerja dengan pengurusan bagi memantau dan merancang inisiatif yang boleh diambil bagi membendung gejala rasuah.

Abu Kassim berkata selain Prasarana, beberapa syarikat lain seperti Telekom dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah mencapai persetujuan dengan SPRM bagi menempatkan seorang CIO dalam syarikat mereka.

Dalam ucapannya, Abu Kassim berkata SPRM juga melaksanakan program Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan sektor swasta dalam usaha mengekang gejala rasuah.

Katanya, setakat ini, 71 syarikat swasta telah menandatangani CIP. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan