Skim Pemberhentian Pekerjaan Dilaksana Selepas Persetujuan MEF & MTUC

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skim Pemberhentian Pekerjaan akan dapat dilaksanakan jika Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan modul serta mekanisme jangka panjang yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kerajaan memperuntukkan RM52 juta sebagai dana permulaan skim itu.

"Kesepakatan kedua-dua pihak itu penting bagi memastikan dana tabung itu dapat diisi untuk kegunaan jangka panjang. "Perjanjian kedua-dua pihak ini akan dibawa ke satu mesyuarat melibatkan Kementerian Sumber Manusia, wakil Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan pihak yang mewakili majikan untuk mendapatkan kesefahaman mengenai modul dan mekanisme yang sesuai untuk melaksanakan skim tersebut," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Selasa.

Maznah juga berkata seramai 1.57 juta pekerja asing bekerja di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sementara sehingga Disember tahun lepas.

Beliau berkata kerajaan merangka langkah jangka pendek dan panjang bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing seperti meningkatkan kadar levi secara berperingkat.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan