Mungkin Ada Calon Yang Menang PRU-12 Digugurkan - Azizan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)ke-12 tidak dipilih bertanding pada PRU ke-13.

Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.

"Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi... mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.

Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkata beliau tidak mengetahui spekulasi bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa akan bertanding di Kedah pada PRU kali ini.

"...kita dalam PAS tak ada masalah. Sesiapa saja yang dicalonkan boleh bertanding di mana sahaja," katanya.

Beliau berkata pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah diselesaikan mengikut formula PRU 2008, kecuali sedikit masalah membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azizan berkata PAS akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala DAP, yang diberi satu kerusi pada 2008, meminta tambahan empat kerusi daripada 11 yang diperuntukkan kepada PKR.

"Saya tidak akan campur tangan masalah mereka kerana masalah ini akan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya.

Mengenai Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat bagi memantau pentadbiran kerajaan pimpinannya, beliau berkata beberapa pertemuan diadakan dan perbincangan hanya menyentuh isu pentadbiran, program pembangunan, halangan serta pencapaian PAS Kedah menunaikan janji dalam manifesto PRU ke-12. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan