Kos Ubah Suai Pejabat Hasan Ali Paling Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jumlah kos ubah suai pejabat bekas exco, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali adalah yang tertinggi berjumlah RM329,000, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dilaporkan membentangkan jumlah kos ubah suai pejabat bagi kesemua Exco Kerajaan Negeri susulan kontroversi peruntukan ubah suai pejabat Hasan.

Abdul Khalid berkata, selepas Hasan, peruntukan tertinggi diikuti Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000.

“Saya tidak halang exco menggunakan dana, tetapi kita mahukan mereka membuat sesuatu dengan niat kerana orang lain juga melakukannya,” katanya dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, Rabu.

Selain Hasan dan Ean, dilaporkan bahawa antara exco yang membuat pengubahsuian pejabat adalah Rodziah Ismail (RM119,000), Dr Xavier Jayakumar (RM70,000), Iskandar Abdul Samad (RM21,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Elizabeth Wong dan Teressa Kok (kurang dari RM25,000).

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah pula tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pejabat beliau sehingga kini.

Sebelum ini, Hasan mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehinya, terdapat dua exco iaitu Dr Halimah dan Dr Xavier mengubahsuai pejabat melebihi kos beliau.

Berhubung kos ubah suai pejabat Dr Hasan, bekas exco Kerajaan Negeri itu pada Isnin lalu memaklumkan bahawa pejabat yang diubahsuai itu bagi menampung pegawai dan kakitangan beliau sebagai exco, termasuk dari Skim Mikro Kredit Selangor (Skimsel) seramai 19 orang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan