Jakim Tak Terlibat Perjelas Islam Kepada NGO Bukan Islam

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak terlibat dalam aktiviti berkaitan hubungan antara agama dan penjelasan tentang Islam kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, sebaliknya peranan itu dilaksanakan oleh badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam bukan kerajaan termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

"Peranan menerangkan prinsip-prinsip keadilan Islam di kalangan bukan Islam dilaksanakan Ikim, sesuai dengan fungsi penubuhannnya iaitu meningkatkan kefahaman Islam kepada umat Islam dan bukan Islam dengan menjelaskan nilai-nilai dalam kehidupan Islam dalam kehidupan manusia.

"Bagitu juga Yadim, ia mempunyai misi yang jelas bagi menjana kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam dan mempromosikan silaturrahim sesama ummah dan masyarakat bukan Islam," katanya menjawab soalan Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang ingin tahu sejauh mana Jakim memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip Islam dan apakah hasilnya.

Mashitah berkata, Jakim hanya berperanan sebagai agensi penyelaras di peringkat pusat untuk negeri dan badan NGO Islam dalam perancangan dan pengurusan hal ehwal berkaitan Islam dan pembangunan umat Islam sahaja.

"Penjelasan oleh Ikim dan Yadim itu dilaksanakan menerusi seminar, forum, terbitan melalui kerjasama dengan pertubuhan tempatan dan luar negara, selain memberi sokongan dan bantuan kepada badan-badan dakwah yang lain," katanya.

Menjawab soalan sama ada Jakim akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil tindakan seperti membatalkan atau tidak menerima permohonan pendaftaran NGO yang cenderung memainkan isu berkaitan sensitiviti agama, Mashitah berkata, perkara itu tertakluk di bawah bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Dalam membendung gejala seperti itu bukan sekadar penguatkuasaan hukuman sahaja perlu diadakan tetapi kita juga percaya satu usaha ke arah memberikan pemahaman tentang nilai kehidupan perlu diperhebatkan seperti usaha mempromosi persefahaman dan keharmonian antara penganut agama yang dilaksnakan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ketika ini," katanya.

Berhubung usaha Jakim memberi pandangan berkenaan perbezaan antara fatwa dan pandangan peribadi yang kini selalu dimainkan oleh sesetengah individu yang dianggap sebagai ahli agama sehingga menimbulkan kekeliruan, Mashitah berkata, terdapat perbezaan jelas antara kedua-duanya.

Beliau berkata, siapa sahaja boleh memberi pandangan, dan pandangan itu, sama ada daripada parti politik, agamawan atau siapa sahaja hanyalah pandangan peribadi dan tidak boleh dianggap sebagai fatwa.

"Sesuatu fatwa itu hanya diterima apabila telah diwartakan sebagi fatwa dan kegagalan untuk menuruti fatwa itu boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan