Isu Taska Jadi Perhatian Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu pembukaan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja telah menarik perhatian beberapa anggota parlimen yang kebanyakannya sepakat ia adalah strategi meningkatkan bilangan wanita dalam pasaran pekerjaan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei, memaklumkan pengurusan agensi dan jabatan kerajaan menghadapi kekangan untuk mewujudkan taska di tempat kerja seperti ketiadaan ruang yang tidak sesuai, kos pembiayaan dan kesukaran mendapatkan pekerja dan pengasuh terlatih.

Katanya, disebabkan kekangan itu, hanya 60 buah taska di tempat kerja dalam sektor awam telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang kurang berpuas hati dengan alasan kekangan itu berharap kementerian memandang serius keperluan mengadakan taska atau pusat jagaan kanak-kanak ini kerana ia adalah satu keperluan bagi ibu bapa khususnya yang masih muda.

"Perkara ini perlu diajukan kepada kementerian dan kabinet supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih serius lagi khususnya soal ruang atau tempat untuk diletakkan taska ini. "Banyak bangunan baru sama ada jabatan kerajaan atau swasta dibina dan apa salahnya kita mewajibkan untuk membina taska," katanya ketika sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Cadangan Khairy mendapat sambutan daripada Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang turut menyarankan agar satu polisi ditetapkan supaya perkara ini diambil berat oleh para majikan di tempat kerja.

Katanya, kementerian berkenaan boleh bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung polisi terbabit.

"KPKT perlu ambil berat perkara ini supaya mewajibkan semua pembangunan baru bangunan ofis, perlu diadakan satu ruang untuk taska," katanya.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pula membangkitkan isu kualiti taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang dikatakan tidak terjamin dari segi keselamatan ekoran terdapat beberapa kes penderaan kanak-kanak di taska.

Heng berkata semua pusat jagaan di negeri-negeri dan persekutuan adalah di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, JKM mengadakan pemeriksaaan berkala yang dijalankan dari semasa ke semasa dan kebanyakan kes penderaan kanak-kanak adalah melibatkan taska atau pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar.

"Kementerian menyambut baik usaha semua pihak yang ingin menubuhkan taska untuk komuniti setempat," katanya.

Sementara itu, Heng berkata sejak Mei 2007 hingga Februari lepas, seramai 34,640 orang wanita telah menjalani ujian mamogram di 58 buah klinik Nur Sejahtera dan 50 buah pusat mamogram yang berdaftar di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara.

Katanya, selaras dengan hasrat kerajaan membantu wanita di luar bandar, perkhidmatan ujian saringan mamogram itu diberikan secara percuma di samping memberikan insentif kemudahan penginapan tidak melebihi RM100 sehari serta elaun makan dan menyediakan pengangkutan dari Klinik Nur Sejahtera atau Pusat Komuniti ke pusat-pusat mamogram berdaftar.

Beliau berkata langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan