80% Laporan PSC Siap - Ongkili

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi jaminan bahawa syor yang akan dibentangkan jawatankuasa berkenaan minggu depan bakal menggembirakan banyak pihak.

Menurut beliau, hingga kini 80 peratus isu yang dibincangkan telah dimuktamadkan dan sedia dimasukkan dalam laporan akhir jawatankuasa tersebut.

"Saya boleh katakan 80 peratus sudah kami persetujui dan boleh diangkat sebagai syor-syor. Apa syor-syor itu saya tak boleh sentuh sekarang...kena tunggu laporan.

"Tapi saya katakan saya puas hati dengan kerjasama yang diberikan ahli jawatankuasa. Mereka bantu untuk memperkasakan isi laporan tersebut...anda akan gembira melihat laporan yang akan dibentangkan nanti," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Selasa.

Menurut Ongkili, pihaknya akan mengadakan satu lagi mesyuarat terakhir esok bagi memuktamadkan laporan jawatankuasa berkenaan.

"Majoriti isu-isu yang kita cadangkan sebagai syor telah diterima namun ada lagi penghalusan pada esok.

"Esok adalah mesyuarat terakhir untuk menentukan senarai syor-syor yang akan dimajukan.

"Masih ada beberapa perkara yang perlu kami fikirkan untuk tujuan persetujuan," katanya.

Ditanya sama ada jawatankuasa tersebut sedia membentangkan hasil laporan di Dewan Rakyat minggu depan, Ongkili berkata: "Laporan boleh siap sebelum 2 April (Isnin). Tapi terpulang kepada speaker bila peluang (akan) diberi untuk perbentangan."

Diminta mengulas mengenaai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melaksanakan cadangan yang bekal dibentangkan, Ongkili berkata adalah tidak adil bagi membuat penilaian sebelum laporan rasmi dibuat di Parlimen.

"Terlalu awal untuk buat penilaian. Laporan pun belum dibentangkan di Parlimen.

"Saya tak fikir kita patut nilai SPR sebelum mereka sendiri belum lihat cadangan yang dikemukakan...bagaimanapun saya percaya penambahbaikan akan diberi perhatian," katanya.

Sebelum ini SPR bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan PSC pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Terdahulu 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan