66 Murid Di Pulau Pinang Alami Keracunan Makanan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seramai 66 murid Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana di Bayan Lepas dekat sini mengalami keracunan makanan setelah meminum susu soya yang dibekalkan sebuah syarikat pengeluar minuman tempatan pagi Rabu.

Kesemua murid-murid tersebut kemudiannya di bawa ke Hospital Pulau Pinang, Hospital Bayan Lepas dan Hospital Bayan Baru dan dirawat sebagai pesakit luar.

Seorang murid, J. Thanighesh, 12, berkata susu itu berasa sedikit masam dan berbau aneh.

"Saya rasa pening dan loya setelah meminumnya sedikit, jadi saya terus buang ke dalam tong sampah," katanya mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira 10 pagi Rabu.

Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang meninjau sekolah berkenaan berkata pihaknya telah menarik balik kebenaran yang diberikan kepada syarikat itu untuk membekalkan susu di seluruh Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta.

Mengulas lanjut kejadian itu, beliau berkata seramai 481 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah itu terlibat dengan 'Program Susu Soya Sekolah' tersebut.

"Pada peringkat awal hanya dua orang dilaporkan sakit perut dan muntah selepas meminum susu soya itu sebelum diikuti oleh ramai lagi murid lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan