TPM, Pemimpin Dunia Bincang Isu Kerjasama Pertingkat Keselamatan Nuklear

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai 52 pemimpin dunia membincangkan aspek keselamatan nuklear pada hari kedua yang juga hari terakhir Sidang Kemuncak Nuklear 2012, di sini pada Selasa.

Muhyiddin dijadual berucap pada sesi plenari kedua selepas jamuan tengah hari yang akan turut disertai Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, di Pusat Konvensyen dan Pameran (COEX).

Pada dua sesi plenari yang dijadual pada Selasa, Muhyiddin dan pemimpin lain akan membincangkan langkah peringkat negara dan kerjasama antarabangsa bagi mempertingkatkan aspek keselamatan nuklear termasuk komitmen pada masa hadapan.

Pada jamuan tengah hari pula, pemimpin akan membincangkan isu jaminan keselamatan nuklear.

Pada sebelah malam, Muhyiddin akan menghadiri jamuan malam gala yang diadakan oleh Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dan isteri Kim Yoon-ok, sebagai penutup tirai sidang kemuncak itu.

Muhyiddin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.

Antara agenda utama sidang ialah respons terhadap ancaman nuklear, pencegahan penyeludupan nuklear dan keselamatan nuklear dalam konteks perlindungan. Visi dan pelaksanaan langkah yang diputuskan pada sidang kali ini akan dijadikan kandungan Kenyataan Seoul.

Dokumen itu akan menjadi kenyataan politik berkenaan usaha untuk terus mempertingkatkan keselamatan bahan dan teknologi nuklear.

Bertema "Beyond Security, Towards Peace" (Melampaui Keselamatan, Menuju Keamanan), sidang kemuncak itu merupakan susulan kepada sidang kemuncak pertama di Washinton, dua tahun lepas yang dihadiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin dari 46 negara lain. Aspek keselamatan nuklear merujuk kepada pencegahan dan pengesanan serta tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses tanpa kebenaran, pemindahan secara tidak sah serta lain-lain tindakan berniat jahat membabitkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti bersekutu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan