Subsidi RON95 Naik 10 Sen, Harga Petrol Kekal RM1.90 - Berita Semasa | mStar

Subsidi RON95 Naik 10 Sen, Harga Petrol Kekal RM1.90

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak global menyebabkan subsidi untuk petrol RON95 naik sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter pada Mac, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Bagaimanapun harga petrol itu masih dikekalkan kepada RM1.90 per liter untuk pengguna negara ini.

“Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan,” katanya di sini, Selasa.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun kenaikan harga minyak global.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan