Ramai Anak Sarawak Di Johor Masih Belum Daftar Sebagai Pemilih

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ramai anak Sarawak yang tinggal di negeri ini masih keberatan untuk mendaftar sebagai pengundi atau memindahkan tempat mengundi mereka ke sini, kata Presiden Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU), Sai Malaka.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Sai berkata ramai daripada mereka yang masih berharap dapat mengundi di kampung halaman masing-masing di Sarawak.

"Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka ketika pilihan raya.

"Berapa ramai yang mampu membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Sarawak dan mengundi atau mempunyai masa untuk berbuat demikian?" katanya.

Sai berkata mereka sepatutnya akur dengan masalah tersebut dan mendaftar atau memindahkan tempat mengundi ke sini dan menukarnya kembali ke Sarawak apabila pulang menetap di sana.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa tidak ada gunanya mendaftar sebagai pemilih di sini kerana "pemimpin tempatan atau parti politik di sini tidak mahu menjaga kebajikan mereka kerana bukan anak Johor", Sai berkata perkara itu tidak benar.

"Mereka silap...pemimpin dan parti politik di sini ambil berat akan pengundi mereka. Baik seorang mahupun dua pengundi, tetap penting kepada mereka apatah lagi jika anda datang beramai-ramai," tegasnya.

Pada awal Disember lepas, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom menasihatkan anak Sarawak yang tinggal di Johor agar mendaftar sebagai pengundi atau memindahkan alamat tempat mengundi ke negeri itu.

Beliau dilapor berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada mereka terutama ketika menghadapi masalah dan memerlukan bantuan memandangkan mereka sebahagian daripada penduduk Johor.

Terdapat kira-kira 40,000 anak Sarawak tinggal di Johor yang mana satu pertiga daripada mereka dipercayai layak mengundi atau telahpun mendaftar sebagai pemilih di kampung halaman masing-masing.

Sai juga memberitahu Bernama bahawa organisasi itu telah membantu mendaftarkan 2,300 pengundi baru sejak membuka pejabatnya di No 2, Jalan Bayan 31/1, Taman Megah Ria, Masai, di sini.

"Kami akan teruskan dengan usaha pendaftaran dan diharapkan lebih ramai lagi tampil berbuat demikian pada masa hadapan," katanya menambah mereka boleh datang ke pejabat GAIU untuk mendaftar.

Ditubuhkan pada Julai 2008, GAIU merupakan badan bukan kerajaan yang berperanan sebagai platform untuk menyatu dan membantu anak Sarawak khususnya daripada keturunan Dayak yang berpindah ke Johor.

Badan itu bekerjasama rapat dengan Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan pemimpin setempat lain di negeri ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan