Program Permata Negara Sedia Landskap Pendidikan Kanak-Kanak Pintar

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Program Permata Negara penting bagi menyediakan landskap pendidikan khusus yang sesuai buat kelompok kanak-kanak pintar yang memiliki tahap kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata potensi mereka tidak dapat dioptimumkan untuk kepentingan negara sekiranya kelompok ini tidak dilengkapi dengan sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka yang luar biasa itu.

Beliau berkata sekiranya sistem pendidikan yang sesuai buat mereka tidak disediakan, kesannya banyak, antaranya mungkin kanak-kanak ini akan cepat bosan dengan pelajaran, atau mungkin mereka akan dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menuntut dan bekerja di luar negara.

"Ini akan jadikan kita kehilangan 'bakat' yang boleh memberi kesan kepada negara, berlaku apa yang dikatakan sebagai "brain drain' (penghijrahan cendekiawan)," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pusat PERMATA pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, Selasa.

Menurutnya dengan adanya Program Permata pintar, kemampuan kanak-kanak ini dapat dicanai dan diperkasa, bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan yang luar biasa.

Permata Negara yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Sekolah Permata Pintar UKM, di mana kompleks khusus untuk program itu dirasmikan di sini, Selasa.

Rosmah merupakan penaung kepada Program Permata Negara.

Najib berkata beliau difahamkan ketika ini ada pelajar berumur 9 tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk di sebuah universiti terkemuka di luar negara.

"Manalah tahu di kalangan mereka ini akan erdapat bakal Steve Jobs di Malaysia," katanya.

Beliau berkata tanpa program Permata, bakat kanak-kanak ini tidak akan menyerlah, ia akan tersembunyi selamanya, dan negara kekurangan satu permata yang seharusnya digilap agar cahayanya dapat memberi manfaat kepada semua.

Najib berkata sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat. Mereka terdiri daripada Nur Syazana Natasha Hisham, Vishal Kalyani Mukudan, Kavinraj Naggan a/l Sukumar, Yek Ching Kong, Lee Yan Joe dan Khoo Jia Hui.

Najib berkata kerajaan perlu menyediakan pembangunan prasarana pendidikan yang lengkap kerana ia merupakan mekanisma penting dalam menyediakan kanak-kanak kepada kerjaya dunia masa depan.

"Mengikut kajian, kita perlu sediakan anak-anak kita untuk mengisi pekerjaan dan profesion di mana antara 70 dan 80 profesion itu masih belum wujud ketika ini. Jadi bagaimana hendak sediakan mereka, jenis pekerjaan itu belum kita tahu bentuknya," katanya.

Menurutnya inilah sebabnya kerajaan menekankan kepada pendidikan bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan lebih inovatif. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan