Najib Minta Pegawai KPKK Terus Bantu Perjelas Dasar Kerajaan Kepada Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin meminta semua pegawai di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta agensinya membantu menerangkan dasar-dasar utama kerajaan kepada rakyat termasuk dasar 1Malaysia.

Menurut Perdana Menteri ini penting supaya rakyat tidak terus terkeliru oleh pelbagai dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap dasar-dasar kerajaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri mengutarakan hal itu dalam pertemuan dengan warga kementerian itu di sini.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mencetak 50,000 buku kecil yang mengandungi penjelasan mengenai isu-isu semasa sebagai panduan supaya rakyat tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang.

Beliau berkata antara isu yang akan dimuatkan dalam buku itu ialah projek Lynas di Gebeng, Pahang; penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH); dan pertukaran saham Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan AirAsia Berhad.

Selain itu, isu kenaikan harga barang, gejala rasuah, kredibiliti dan integreti pemimpin, tuntutan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Jiao Zong) dan National Fidlot Corporation (NFC).

"Buku kecil itu akan mengandungi fakta saintifik, ekonomi dan sosial yang mudah difahami agar rakyat boleh terima secara jelas," kata Rais kepada pemberita di sini. Rais berkata buku kecil itu juga akan dibekalkan kepada kakitangan dan pegawai Jabatan Penerangan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kita akan menyiapkan buku kecil itu secepat mungkin untuk diedarkan di kawasan bandar dan luar bandar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan