Masyarakat Antarabangsa Perlu Laksana Tindakan Lebih Awal Pastikan Keselamatan Nuklear - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan keupayaan setiap negara bagi mengekalkan kawalan yang efektif dan melaksanakan tindakan lebih awal bagi memastikan keselamatan nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada sesi pleno Sidang kemuncak keselamatan Nuklear 2012 yang berakhir hari ini, Muhyiddin berkata masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kerjasama dalam pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat tepat pada masanya dan perisikan berkualiti tinggi selain menggunapakai amalan terbaik.

"Tindakan yang bertenaga dan mantap pada peringkat antarabangsa dan nasional adalah perlu bagi mendapatkan bahan nuklear," katanya.

Sidang kemuncak dua hari bertemakan "Beyond Security, Towards Peace", (Melampaui Keselamatan, Menuju Keamanan) berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran (COEX) dan dihadiri 53 pemimpin.

Muhyiddin yang bercakap mengenai langkah-langkah nasional dan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan nuklear termasuk komitmen masa depan juga mengulangi gesaan Malaysia supaya semua negara mempertimbang penubuhan satu konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai keselamatan nuklear yang antara lain memberi mandat secara sah dan mengukuhkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi menggalakkan dan memastikan keselamatan nuklear secara universal.

Semasa sidang kemuncak kali pertama di Washington pada tahun 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa satu Konvensyen PBB mengenai Keselamatan Nuklear diadakan.

Muhyiddin juga berkata Malaysia menyokong penuh semua inisiatif yang bertujuan bagi mencapai matlamat ke arah sebuah dunia yang bebas daripada senjata nuklear.

"Walaupun fokus kita di sini mengenai keselamatan nuklear, terdapat keperluan berterusan bagi meningkatkan usaha dan bukan menyimpang daripada mencapai matlamat utama dan begitu juga pelucutan senjata sepenuhnya bagi semua senjata nuklear dan senjata-senjata pemusnah besar-besaran lainnya," katanya.

Mengenai insiden Fukushima, Muhyiddin berkata walaupun insiden itu menimbulkan persoalan berhubung daya maju program tenaga nuklear, tetapi masa dan keadaan terhadap permintaan tenaga global yang lebih besar akan membawa kepada peningkatan dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa semua negara perlu bersetuju dengan prinsip-prinsip utama yang mendasari kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan tenaga nuklear secara aman.

Bagi memastikan prinsip-prinsip itu tidak disalahgunakan, beliau menegaskan semua negara antara lain perlu telus dalam program nuclear, tertakluk kepada program-program dalam skop penuh perlindungan dan pengesahan IAEA dan mematuhi peruntukan dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Muhyiddin juga memaklumkan pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak itu berhubung langkah yang diambil oleh Malaysia berhubung keselamatan nuklear termasuk menubuhkan dan melaksanakan kawalan undang-undang mengeksport dan terus mengukuhkan keupayaan bagi tindakan yang selaras bagi mengurangkan sebarang kesan radiologi atau insiden nuklear bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau itu.

Menjawab pertanyaan wartawan Malaysia mengenai perkembangan gesaan Malaysia supaya diadakan satu Konvensyen PBB mengenai keselamatan nuklear, Muhyiddin berkata ia terpulang kepada PBB. "Itu terserah pada pihak PBB. Namun langkah sebegini (sidang kemuncak keselamatan nuklear) juga ada baiknya kerana pendekatan ini menekankan pentingnya soal keselamatan nuklear diberi keutamaan," katanya.

Muhyiddin juga menyentuh isu mengenai ruang hubung kait keselamatan nuklear semasa makan tengah hari.

"Di situ saya jelaskan tentang disamping kita tekankan aspek itu, negara seperti Malaysia melihat tenaga nuklear ini sebagai satu aspek penting, tapi kita bagi jaminan bahawa kita akan patuhi segala aturan dan undang-undang dan juga kita akan dapatkan perunding antarabangsa untuk membuat kajian terperinci sebelum satu langkah diambil dalam soal pembangunan sumber tenaga dari nuklear ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan