Majikan& Pekerja Perlu Berubah Untuk Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan dan para pekerja perlu melakukan perubahan baik dari segi kemahiran, pengetahuan dan teknologi ke arah meningkatkan produktiviti bagi membantu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata semua majikan perlu mengenal pasti langkah terbaik yang dapat diaplikasikan dalam semua sektor bagi meningkatkan bilangan pekerja profesional dan mahir dalam usaha ke arah transformasi tersebut.

Jika transformasi itu berjaya, ia akan mengurangkan keperluan tenaga manusia, serta meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran pekerja tempatan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Sumber Manusia Kebangsaan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini, Selasa.

Subramaniam berkata majikan juga perlu bersedia untuk melakukan anjakan tersebut termasuk meningkatkan latihan dan teknologi bagi menjadikan tenaga kerja mereka mahir dan berpengetahuan.

Beliau berkata para pekerja juga bertanggungjawab untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sendiri dalam bidang masing-masing yang akan dapat menjamin masa depan, peningkatan gaji dan produktiviti serta kejayaan transformasi itu.

Katanya, negara akan mengalami kekurangan bakat dan tenaga kerja mahir dalam jangka panjang sekiranya tiada sebarang transformasi dilakukan oleh semua pihak.

"Kita tiada pilihan, kita mesti kerja keras untuk mencapai hasrat itu dan sekiranya pengurangan tenaga kerja mahir berlaku dalam jangka masa panjang nanti, maka Malaysia terpaksa mengubah polisinya mengikut situasi, sesuai dengan keadaan ketika itu," katanya.

Beliau turut menegaskan tentang perlunya penggunaan penyelidikan dan pembangunan dengan lebih meluas untuk menyaingi gelombang teknologi seterusnya.

Katanya, meskipun unjuran pendapatan Malaysia terus menunjukkan trend meningkat secara beransur-ansur, namun ia kekal jauh di bawah sempadan 'pendapatan tinggi'. "Sungguhpun kemiskinan mutlak telah dikurangkan namun 33 peratus pekerja memperoleh pendapatan bulanan bawah RM700 yang masih pada tahap pendapatan yang amat rendah.

"Justeru kalau kita boleh melakukan transformasi itu, maka ia akan bantu negara kita menjadi satu negara yang mempunyai pendapatan yang tinggi berasaskan kepada kemahiran dan teknologi menjelang 2020," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan