Lepasan IPT Perlu Berani Berjuang - Titah Raja Perlis

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja perlu memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi untuk menjana pemikiran baru tetapi perlu berani berjuang demi kepentingan masyarakat, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Selasa.

Bagaimanapun, baginda bertitah, perjuangan mereka harus menjurus kepada perkara yang betul bagi menangani masalah di hadapan mereka.

Bertitah pada majlis Konvokesyen ke-6 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh dekat sini, baginda berharap, ilmu yang mereka miliki mampu mentransformasikan sektor pekerjaan ke arah yang lebih cekap dan berkesan.

Lebih 1,000 pelajar menerima diploma dan 423 lagi menerima sijil yang disampaikan baginda pada majlis konvokesyen itu.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, proses menuntut ilmu tidak ada penghujungnya dan ia tidak akan terhenti apabila para graduan menerima diploma dan sijil masing-masing. Sehubungan itu, baginda bertitah, para graduan perlu sentiasa membina azam untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

"Setelah memasuki alam pekerjaan, setiap graduan perlu bekerja keras, sentiasa berfokus, ikhlas dan mengukuhkan keupayaan diri untuk dihormati dan disegani dalam bidang masing-masing," titah baginda.

Sebelum itu, Pengarah PTSS, Md Noor Baharom berkata, mulai tahun depan kesemua kursus yang ditawarkan di politeknik itu adalah di peringkat diploma iaitu pengajian perdagangan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, pelancongan dan hospitaliti, reka bentuk dan komunikasi visual.

"Ini adalah tahun terakhir bagi para pelajar mengikuti program peringkat sijil," katanya.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan