Lebuh Raya Smart Ditutup 11 Malam Rabu Untuk Diselenggara

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART akan ditutup kepada lalu lintas bermula 11 malam Rabu sehingga 6 pagi Khamis bagi kerja menyelenggara sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataannya pada Selasa berkata, pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan itu.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) akan menutup Lebuhraya Persekutuan di Km 19 (berhampiran Subang Parade) secara berkala pada 2, 9, 10 dan 17 April serta 6 Mei ini untuk kerja naik taraf rangkaian bekalan elektrik.

Laluan trafik akan ditutup selama 15 minit pada tarikh-tarikh tersebut antara pukul 12.01 tengah malam hingga 4.30 pagi bagi membolehkan kerja pemotongan dan penyambungan pengalir dilaksanakan.

Pengguna Lebuhraya Persekutuan boleh menggunakan laluan alternatif semasa kerja naik taraf dijalankan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) atau talian PLUSLine di 1800 88 0000. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan