Kenyataan Seoul Mengenai Keselamatan Nuklear Diterima Pakai

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Lima puluh tiga pemimpin, termasuk Timbalan Perdana Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerima pakai Kenyataan Seoul pada akhir Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 di sini, yang memberi tumpuan utama terhadap keganasan nuklear.

"Keganasan nuklear diakui mengancam kehidupan manusia," kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia pada akhir sidang kemuncak itu.

Aspek lain yang terkandung dalam kenyataan itu termasuk tanggungjawab asas setiap negara bagi memelihara keselamatan nuklear melalui undang-undang dan kerangka perundangan yang berkesan.

Para pemimpin berkenaan juga mengulangi penegasan tentang pentingnya pelaksanaan langkah khas untuk menjamin keselamatan uranium yang diperkaya pada kadar tinggi dan plutonium yang diasingkan.

Bertemakan "Malampaui Keselamatan, Ke Arah Keamanan", sidang kemuncak dua hari itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran, dihadiri 53 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-moon. Muhyiddin berkata kenyataan itu juga mengiktiraf peranan peraturan antarabangsa sedia ada dalam menangani keselamatan nuklear iaitu Konvensyen Mengenai Pembanterasan Tindakan Keganasan Nuklear dan Konvensyen Perlindungan Fizikal Bahan Nuklear.

Peranan utama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) juga terkandung dalam kenyataan itu, kata Muhyiddin.

"Hampir semua ketua kerajaan bercakap tentang pentingnya IAEA dan bagaimana ia boleh diperkukuhkan agar dapat menangani isu keselamatan nuklear dengan lebih berkesan. Sidang kemuncak ini juga mengakui tentang pentingnya kerjasama antarabangsa dalam menghalang pengedaran bahan nuklear secara haram," katanya.

Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak atas kejayaan menjadi tuan rumah sidang kemuncak ini, yang merupakan susulan kepada sidang kemunck pertama di Washington pada 2010.

Ditanya sama ada Malaysia bersedia menjadi tuan rumah sidang kemuncak ini pada masa akan datang, Muhyiddin berkata, "Kami akan beri pertimbangan sekiranya ada peluang untuk berbuat demikian.

Sidang kemuncak nuklear selepas ini akan diadakan di Belanda pada 2014. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan