Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asli Bermula

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kini dalam proses menjalankan Inkuiri Nasional berhubung Hak Tanah Orang Asal/Asli di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, selama empat hari bermula hari ini.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata inkuiri itu berikutan pelbagai aduan dan memorandum yang diterima sejak beberapa tahun lepas berhubung dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah adat.

"Aduan yang diterima termasuk pencerobohan, pentadbiran, projek pembangunan bandar, skim perladangan, hutan simpanan, rancangan penempatan semula dan pampasan," katanya dalam ucapan sebelum mempengerusikan inkuiri itu di sini.

Sesi hari ini disertai dua lagi panel inkuiri iaitu Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Kaw Lake Tee, Naib Pengerusi Jennie La Simbang serta dua perunding bebas iaitu Dr Collin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria.

Hasmy berkata ini merupakan inkuiri pertama di Semenanjung Malaysia dan akan diadakan secara berperingkat di Johor, Perak, Kelantan, Pahang serta Sabah sehingga Jun depan.

Beliau berkata Suhakam menjalankan inkuiri sama di Sarawak bulan lepas.

"Kami berharap dapat mengumpulkan semua maklumat menjelang Julai dan akan mengemukakan laporan tersebut kepada kerajaan untuk tindakan lanjut berhubung isu hak tanah Orang Asal/Asli," katanya.

Hasmy juga berkata kuasa untuk menjalankan inkuiri itu termaktub di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, yang memberi kuasa kepada Suhakam untuk mendapatkan dan menerima keterangan bertulis atau lisan.

Katanya, dalam Inkuiri Nasional itu, Suhakam telah merangka beberapa program bagi mengumpul seberapa banyak maklumat yang perlu mengenai isu tanah Orang Asal/Asli di Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan