Hassan Marican Sertai Syarikat Luar Negara Beri Manfaat Kepada Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyifatkan penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican untuk berkhidmat dengan beberapa syarikat luar negara sebagai pendekatan yang mampu memberi manfaat kepada Malaysia khususnya bagi membina jaringan antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pemindahan kepakaran tempatan ke negara destinasi akan menyumbang kepada peningkatan dalam bidang sains dan teknologi serta rangkaian perniagaan yang mantap.

"Kerajaan tidak akan menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara yang berpendapatan tinggi.

"Kerajaan akan terus menggunakan fenomena ini untuk manfaat negara iaitu meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan asing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng yang ingin mengetahui mengenai sebab kerajaan melepaskan Hassan yang pernah berkhidmat selama 21 tahun di Petronas serta sama ada kehilangannya merupakan tamparan kepada usaha menarik balik rakyat Malaysia ke negara ini menerusi program Talent Corp.

Hassan menamatkan kontrak bersama Petronas pada Februari 2010. Beliau kini dilantik sebagai Pengarah Conoco Philips, Amerika Syarikat serta memegang jawatan dalam syarikat di Singapura.

Mengulas lanjut Nor Mohamed berkata, pemindahan kepakaran tempatan ke peringkat antarabangsa tidak seharusnya dilihat daripada sudut negatif.

"Fenomena emigrasi modal insan tidak semestinya negatif tetapi mempunyai potensi positif terhadap sesebuah negara khususnya dalam menarik pulang rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi serta membina jaringan pasaran sebagai saluran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan Malaysia di luar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan