Hasan Ali Dapat Kontrak Tanpa Tender - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri Datuk Dr Hasan Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di negeri ini.

Katanya, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat. "Saya akan adakan temuduga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kos pengubahsuaian pejabat Hasan semasa menjadi exco negeri yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit adalah mengikut tatacara kewangan ditetapkan. Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan isu pengubahsuaian pejabat tersebut sebab "tidak mahu mengambil masa menjelaskan perkara itu".

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan telah membazir wang kerajaan negeri ketika menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Azmin mendakwa, antara pembaziran Hasan ialah membelanjakan lebih RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.

Abdul Khalid turut menyatakan bahawa anggota exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah membelanjakan RM146,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabatnya diikuti dengan Rodziah Ismail RM119,000, Ronnie Liu Tian Khiew (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat.

Persidangan dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan