Harga Minyak Kekal: Fomca Cadang Kerajaan Wujud Rancangan Jangka Panjang

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol bagi RON95 namun mencadangkan supaya rancangan jangka panjang diwujudkan sekiranya harga minyak dunia terus meningkat.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan rakyat terutama golongan sasaran tidak menerima kesan terhadap sebarang kenaikan harga.

“Usaha kerajaan memberikan subsidi adalah wajar, bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin meningkat.

“(Namun) apabila kerajaan memberi subsidi, ini menunjukkan perbelanjaan kerajaan juga akan meningkat. Kerajaan perlu memastikan ia tidak memberi kesan kepada peruntukan lain terhadap pembangunan.

“Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan rancangan jangka panjang dan menilai keseimbangan terhadap perbelanjaan lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Kerajaan pada Selasa menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter pada Mac.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga petrol itu masih dikekalkan kepada RM1.90 per liter untuk pengguna di negara ini.

Mohd Yusof berkata, antara lain dalam rancangan jangka panjang itu adalah menyediakan prasarana lebih baik kepada rakyat sebagai alternatif sekiranya harga petrol terpaksa dinaikkan.

“Prasarana itu meliputi penyediaan pengangkutan awam yang lebih baik. ini termasuk menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan gas asli (NGV), biodiesel serta kereta hibrid,” katanya yang menjelaskan bahawa rakyat tidak seharusnya bergantung pada pemberian subsidi kerajaan semata-mata.

Beliau menambah, berdasarkan kajian pakar ekonomi, mengatakan pemberian subsidi yang diberikan oleh kerajaan masih kurang mampan.

“Pemberian subsidi adalah wajar namun diharapkan ia benar-benar menepati golongan sasaran khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kerajaan perlu pastikan ia benar-benar tidak menjejaskan golongan sasaran ekoran kenaikan minyak sehingga memberi kesan kepada kenaikan harga barangan dan perubahan cara hidup mereka,” katanya.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan