Azmin Enggan Layan Hasan Ali

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan dakwaan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

"Ini adalah fitnah yang berulang sejak bertahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak menjawab tuduhan itu.

"Kenyataan saya berdasarkan audit, fakta dan angka, saya tak suruh beliau respon dalam keadaan sebegitu malah beliau cuba alihkan perhatian orang ramai serta tidak respon kepada soalan saya...tetapi beliau pilih untuk menyerang peribadi saya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai cabaran Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berhubung kemampuan Mohamed Azmin sebagai pegawai kerajaan biasa memiliki banyak wang bagi membeli saham bernilai berjuta-juta ringgit.

Dalam pada itu Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan kerana mengambil pendirian menyerang peribadinya berdasarkan fakta-fakta fitnah.

"Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalam respon kepda perbahasan saya dalam DUN.

"Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya.

Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan