Arpah Razak Dilantik KSU KPKT

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Arpah Abd Razak sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu yang baru mulai 3 April ini.

Arpah menggantikan Datuk Seri Ahmad Kabit yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha KPKT pada 2 April ini setelah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 36 tahun, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan pada Selasa.

Arpah, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengajian Bandar dari Universiti Sains Malaysia.

Beliau memulakan perhidmatan dengan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan