Ahli Parlimen Bakri Fail Usul Bincang Isu Israel

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa pada Selasa memfailkan notis usul mengikut Peraturan Mesyuarat 18 untuk menangguhkan persidangan Dewan Rakyat bagi membincangkan mengenai dakwaan bahawa Malaysia menjalinkan hubungan langsung dengan Israel.

Notis berkenaan diterima Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 10.05 pagi.

"Dewan Rakyat perlu membuat ketetapan untuk mengharamkan semua bentuk hubungan dengan rejim Israel termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak.

"Dewan juga perlu menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik semua keputusan jemaah menteri berhubung perdagangan dengan Israel yang dibuat pada 1996," katanya menerusi notis usul berkenaan.

Selain itu, Ahli Parlimen DAP berkenaan turut menggesa agar Dewan Rakyat membuat ketetapan agar mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti-parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin.

Minggu lalu ketika perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Er mendakwa bahawa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa Felda menerusi anak syarikatnya iaitu Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB) hanya menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel bagi membuat penghantaran produknya ke Palestin.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan