Ahli Mubarak Dilantik Sebagai Fasilitator Kawasan Parlimen & DUN Selangor

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 40 anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dilantik sebagai fasilitator kepada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi membantu memperkukuh jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata anggota Mubarak yang terpilih menjadi fasilitator kepada 22 kawasan Parlimen dan 56 DUN akan bertindak sebagai "bapa" yang akan memberi nasihat dan membantu menyelesaikan masalah yang timbul di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

"Fasilitator ini telah dilantik oleh Perdana Menteri dan mereka sebagai tokoh yang disegani akan berperanan sebagai ayah kepada kami di mana mereka akan membimbing dan membantu menyelesaikan masalah jika ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-9 Mubarak Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini petang Isnin.

Turut hadir ialah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang juga bekas Menteri Besar Selangor, dan seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Pada majlis itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan surat pelantikan kepada 40 anggota Mubarak yang dilantik sebagai fasilitator itu.

Beliau berkata Mubarak kepemimpinan BN Selangor sepakat untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menguatkan jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 akan datang.

Noh juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran semula Muhammad yang dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat supaya memberikan sokongan kepada BN.

"Saya amat yakin dengan adanya kerjasama daripada Mubarak, BN akan memenangi semula PRU di Selangor apatah lagi dengan kekuatan pemimpin Mubarak terutama dua bekas Menteri Besar Selangor, Abu Hasan dan Muhammad," katanya.

Abu Hassan berkata Mubarak Selangor telah lama memberikan bantuan kepada B Nselepas dilantik sebagai ahli Majlis Muafakat Parlimen pada penghujung 2010.

Terdahulu dalam ucapannya, Noh berkata tidak wujud sebarang kem dan kelompok "war lord" dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan BN di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan