Sagu Hati Khas Berjumlah RM62.9 Juta Diserah Kepada 20,998 Bekas Polis Darurat - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menyerahkan bayaran sagu hati khas berjumlah RM62.9 juta kepada 20,998 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bekas polis masih boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat sagu hati sebanyak RM3,000 seorang kepada kementerian dengan mengemukakan surat akaun bersumpah sebagai bukti perkhidmatan mereka.

Semasa menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada Isnin, beliau berkata kerajaan juga bersetuju untuk mengurniakan Pingat Jasa Malaysia bagi mengiktiraf bekas anggota polis yang berkhidmat di Sarawak semasa darurat.

"Ketika ini, pingat itu hanya dikurniakan kepada Angkatan Tentera Malaysia ... status pengurniaan itu perlu diperluaskan kepada anggota keselamatan lain," katanya.

Persidangan Dewan disambung Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan