PAS, DAP Berbalah Berhubung Pembahagian Kerusi Di Kedah

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: PAS dan DAP sedang berbalah berhubung pembahagian kerusi di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa DAP tidak akan mendapat kerusi tambahan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman tersebut membangkitkan rasa tidak puas hati, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang dipetika sebagai berkata tiada kompromi dapat dicapai diperingkat negeri selepas perbincangan yang diadakan mencapai jalan buntu. Maka jalan terbaik adalah ia diselesaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Azizan berkata tiada perubahan dalam pembahagian kerusi antara tiga parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas DAP meminta kerusi tambahan di negeri tersebut.

Azizan berkata pembahagian kerusi antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kekal berdasarkan status quo 2008.

“Tiada perubahan, kita akan mengikut peruntukan pada 2008. Bilangan kerusi yang diperuntukkan bagi PAS dan PKR adalah sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan hari terbuka loji rawatan air di Pelubang di sini, Ahad.

Lee mempertikaikan tindakan Azizan dengan berkata perkara tersebut perlu dibincangkan di peringkat pusat.

“Kami tidak pernah bersetuju dengan status quo tersebut. Kami mahu lebih banyak kerusi. Dalam satu parti perikatan, semua kerusi wajar diagihkan dengan sama rata di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum DAP dilaporkan mahu mendapatkan tambahan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kedah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan