Najib Gemar Buku Mengenai Sejarah, Tokoh & Pemikiran Strategik

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dari dahulu lagi beliau suka membaca buku mengenai sejarah, pemikiran strategik dan kisah tokoh-tokoh masyarakat.

"Saya telah membesar dengan buku-buku sebegini," kata Perdana Menteri dalam laman blog www.1malaysia.com, Isnin.

Katanya koleksi buku-buku beliau sekarang masih sama seperti dahulu iaitu bahan bacaan yang cenderung ke arah penulisan bukan fiksyen.

Buku-buku sebegini, kata beliau, tidak menghidangkan senario-senario seperti dalam buku-buku fiksyen yang hanya dipenuhi oleh imaginasi.

Najib berkata buku bukan fiksyen menggariskan satu mesej yang cukup bermakna iaitu perihal manusia dan kemanusiaan yang sebenar, selain menceritakan kisah dan situasi sebenar selain ujian dan kejayaan sebenar yang dialami oleh insan-insan biasa, bukan yang dibentuk oleh imaginasi.

Perdana Menteri berkata cerita-cerita sebegini turut diadaptasi dan diceritakan semula dalam bentuk percetakan, skrin dan pementasan.

Katanya sebagai perdana menteri, hari-hari beliau selalunya dipenuhi dengan aktiviti berkaitan kerja.

"Oleh itu, saya amat menghargai masa yang dapat diluangkan untuk aktiviti peribadi yang saya gemari, seperti membaca buku," kata Najib sambil menjelaskan bahawa baru-baru ini beliau berkesempatan membaca buku biografi mengenai Steve Jobs, pengasas komputer "Apple" yang meninggal dunia dunia akibat kanser baru-baru ini.

Katanya ketabahan luar biasa ikon-ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W.Chan Kim dan Rene Maubourgne telah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi masyarakat.

Najib menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai masa terluang supaya terus membaca sekerap yang mungkin.

Perdana Menteri juga meminta orang ramai memberi komen dalam blognya mengenai bahan bacaan kegemaran mereka agar beliau dapat tahu buka apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia masa kini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan