Kadir Kembali Aktif Politik, Teruskan Perjuangan Pemimpin Umno Terdahulu

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bertindak keluar dari parti itu minggu lepas, pada Isnin mengumumkan akan kembali aktif dalam arena politik dengan meneruskan perjuangan pemimpin Umno terdahulu.

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk meneruskan perjuangan Umno berdasarkan "nilai perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu", ke tempat yang lebih sesuai.

"Kita ada Amanah (Angkatan Amanah Merdeka), yang kita tubuhkan sebab hendak membawa perjuangan yang dimulakan oleh pengasas dan pemimpin Umno dan negara sebelum ini.

"Saya juga boleh meneruskan perjuangan dengan menyertai NGO-NGO jika ada yang menjemput untuk memberi ceramah atas isu nasional. Apabila sudah berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Seri Kembangan, di sini.

Abdul Kadir telah menjadi anggota Umno sejak 1956 dan memegang pelbagai jawatan dalam parti dan kabinet.

Pada sidang media itu Abdul Kadir turut menjelaskan bahawa keputusan meninggalkan parti diambil setelah beliau yakin ada gerakan yang "dibuat secara terancang dari pihak yang berkuasa" sehingga menyebabkan beliau menjadi sasaran kritikan oleh media massa arus perdana, ekoran kritikannya terhadap Umno sebelum ini.

Ini diikuti kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang meminta beliau keluar parti kerana kontroversi tersebut, katanya.

"Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya yang menegaskan tidak akan meninggalkan perjuangan Umno yang asal.

Menurut Abdul Kadir antara yang menjadi kecaman hebat dan diputarbelit oleh media arus perdana ialah mengenai teguran beliau supaya dihapuskan rasuah dalam parti dan pilihan raya, menuntut pilihan raya yang bebas dan telus tanpa menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen bagi satu pihak selain menuntut kebebasan media.

"Kesemua cadangan diatas bukanlah baru tetapi telah juga diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri," katanya.

Ditanya sama ada kekecewaan itu menyebabkan beliau bertindak keluar parti, Abdul Kadir berkata: "Saya tidak mahu menyebutnya begitu. Saya sayang kawan-kawan saya, kita tak boleh putuskan hubungan. Saya tak nak kata yang tidak baik. Keputusan untuk meninggalkan Umno adalah sesuatu yang sangat sukar".

Mengenai sama ada beliau ada menerima tawaran termasuk daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai mereka, Abdul Kadir berkata: "Ramai yang pujuk saya untuk masuk (pembangkang) tetapi saya tidak akan buat keputusan berdasarkan pujukan.

"Buat saya ini, saya bersama dengan NGO (Amanah), perkara-perkara lain, belum terfikir lagi. Kalau depa 'tabuh' kuat sangat, kita terjun la," katanya apabila ditanya tentang kemungkinan beliau menyertai Pakatan pembangkang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan