Jentera BN Tidak Boleh Bergantung Kepada Ramalan Kemenangan - Adnan Yaakob

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) negeri Pahang diingatkan supaya tidak bergantung kepada ramalan kemenangan sebaliknya terus fokus dan bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dengan majoriti lebih besar.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata walaupun ia bukan satu kesalahan untuk menjangkakan kemenangan itu, namun ia bukanlah alasan untuk anggota parti bersenang-lenang tanpa berbuat apa-apa.

"Memang ada ramalan kemenangan dan banyak pihak memberi pelbagai ulasan termasuk (bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin dan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kita perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Bagi saya, ulasan yang dibuat oleh sesiapa tidak memberi kesan tetapi yang perlu kita lakukan adalah menjaga kerja dan kawasan kita, itu yang lebih penting," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini, Isnin.

Beliau berkata, penilaian paling tepat hanya boleh dilakukan oleh satu badan kerajaan yang mempunyai satu jaringan dan tenaga kerja selain satu kaedah tertentu.

"Saya berpendapat, kesimpuan hanya boleh dibuat selepas kita melakukan satu kajian lebih holistik mengenai peluang memenangi pilihan raya itu nanti," katanya.

Tun Daim yang juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di Johor, Melaka dan Pahang sahaja pada PRU-13 nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan