Hasan Ali Ragu-Ragu Pelaksanaan Program Di Bawah Geran Selangorku

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin melahirkan keraguan terhadap pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku berjumlah RM300juta yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab dana itu dikatakan tidak direkodkan di bawah akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Hasan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas kawasan Gombak Setia berkata berkata program-program di bawah Geran Selangorku tidak akan dapat dirancang dengan baik kerana dana itu didapati tidak ada di bawah akaun MBI.

"Bagaimana nak rancang program untuk rakyat di bawah Geran Selangorku dan Merakyatkan Ekonomi Selangor jika dana RM300 juta tidak diletak di bawah akaun MBI," katanya dalam soalan tambahan kepada Abdul Khalid pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Isnin.

Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan "Geran Selangorku" yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.

Beliau berkata, geran itu akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri. Ketika menjawab soalan itu, Abdul Khalid berkata program di bawah geran berkenaan telah dimaklumkan kepada anggota Exco kerajaan negeri dalam satu sesi pemukiman di Melaka, Februari lepas.

Katanya, beliau telah memaklumkan secara terperinci mengenai dana tersebut kepada anggota Exco kerajaan negeri bagaimana jumlah RM300 juta itu diperolehi termasuklah daripada usaha kerajaan negeri mengenal pasti hutang Talam berjumlah RM391 juta sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, berkata pisang yang ditanam di kawasan seluas 1,251 hektar di negeri ini telah diserang penyakit Moko atau penyakit layu bakteria pisang, sehingga kini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan petani untuk memusnahkan tanaman pisang dan tidak menanam pokok pisang bagi tempoh antara satu hingga dua tahun bagi memastikan inokolum bakteria itu dapat dihapuskan.

"Dalam masa sama, Jabatan Pertanian sedang dalam proses menyediakan SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk memusnahkan pokok pisang dan mengumpulkan data kawasan tanaman yang diserang penyakit moko pisang ," katanya ketika menjawab soalan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad (BN-Sungai Air Tawar). -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan