50,000 Buku Kecil Akan Dicetak Perjelas Isu Semasa

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan mencetak 50,000 buku kecil yang mengandungi penjelasan mengenai isu-isu semasa sebagai panduan supaya rakyat tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata antara isu yang akan dimuatkan dalam buku itu ialah projek Lynas di Gebeng, Pahang; penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH); dan pertukaran saham Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan AirAsia Berhad. Selain itu, isu kenaikan harga barang, gejala rasuah, kredibiliti dan integreti pemimpin, tuntutan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Jiao Zong) dan National Fidlot Corporation (NFC).

"Buku kecil itu akan mengandungi fakta saintifik, ekonomi dan sosial yang mudah difahami agar rakyat boleh terima secara jelas," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Rais berkata buku kecil itu juga akan dibekalkan kepada kakitangan dan pegawai Jabatan Penerangan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kita akan menyiapkan buku kecil itu secepat mungkin untuk diedarkan di kawasan bandar dan luar bandar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan