MCPF Mahu Kerajaan Bantu Bekas Penagih Dadah Dapat Pekerjaan

Diterbitkan: Ahad, 25 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis sosial pada Ahad mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan satu dasar bagi membantu penagih dadah yang telah pulih mendapat pekerjaan sama dengan bantuan yang disediakan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mendapatkan pekerjaan bagi penagih dadah yang telah dipulihkan dapat membantu mengurangkan jenayah di negara ini.

"Penagih dadah yang telah dipulihkan mungkin kembali menagih jika mereka gagal dalam apa jua usaha bagi mendapatkan pekerjaan dan menjalani kehidupan baru," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan menyediakan pekerjaan kepada bekas penagih akan menghindarkan mereka daripada jenayah kerana ia dikenal pasti sebagai satu daripada sebab-sebab utama kejadian jenayah ragut dan jenayah kecil yang lain.

Lee berkata, penagih dadah yang telah berjaya menjalani program pemulihan dan latihan semula perlu dibantu untuk menjalani kehidupan dengan hasil pendapatan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan