Wanita Mesti Beri Sokongan Kepada Wanita Lain: Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wanita perlu berani memberi peluang dan sokongan kepada wanita lain untuk memastikan kaum itu mampu mara ke hadapan terutamanya dalam arena politik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata tidak kira sama ada wanita itu terbabit dalam politik atau tidak semua wanita mempunyai peranan masing-masing.

"Jika wanita mahu mara ke hadapan di zaman sekarang, kita sendiri mesti memberi sokongan kepada wanita lain untuk memastikan lebih ramai golongan itu berada di tempat membuat keputusan terutamanya dalam politik," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno, melancarkan empat buah buku berkaitan perjuangan wanita dalam politik iaitu Wanita dan Politik; Perjuangan Politik Wanita Malaysia; Mengangkat Martabat Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Wanita Malaysia Membela Maruah.

Penghasilan buku-buku itu untuk memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh wanita terdahulu yang telah memperjuangkan suara wanita Malaysia di persada politik negara.

Shahrizat berkata jangan salahkan kaum lelaki konon tidak memberi peluang, sedangkan pimpinan sekarang sudah menyediakan ruang yang cukup luas untuk lebih ramai wanita terbabit dalam politik.

"Wanita mesti tanya diri sendiri, kenapa kita sendiri tidak beri peluang dan tempat yang lebih banyak kepada kaum hawa untuk membuat keputusan dalam politik dan bukannya menuding jari kepada pihak lain," katanya.

Beliau berkata ramai wanita masih terikat dengan pandangan lama (stereotaip) iaitu adalah lebih baik beri peluang kepada kaum lelaki, sehingga menyebabkan hilang keyakinan diri untuk berada di tempat membuat keputusan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan