Undian Pemberian Projek Kepada Kontraktor Telus: Tawfiq

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menolak dakwaan setengah pihak kononnya cabutan undi yang dijalankan dalam proses pemberian projek kepada kontraktor dilaksanakan secara tidak telus.

Katanya agensi kerajaan yang terlibat dalam proses cabutan undi berkenaan melaksanakan tugas cabutan undi secara telus dan pihak yang membuat tuduhan berkenaan mungkin kecewa kerana gagal memperoleh projek ketika cabutan undi dilaksanakan.

"Kita menggunakan undian secara berkomputer di mana keputusannya akan diperolehi dalam masa yang singkat selepas undian selesai. Jika ada cadangan lebih baik daripada kaedah cabutan undi secara berkomputer ini, kemukakan kepada kita untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantauan Projek di sini hari ini.

Tawfiq berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya berlaku ketidaktelusan dalam proses cabutan undi oleh kontraktor untuk mendapatkan projek.

Tawfiq juga mengingatkan kontraktor kelas F supaya terus mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang kerana kontraktor yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas mudah memperoleh projek dalam sektor swasta.

Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Kerja Raya, Yahya Hassan memberi jaminan kesemua 2,600 pemegang lesen kelas F di Sabah akan disambung dengan syarat mereka menghadiri temu duga.

Menurut Yahya syarat pembaharuan lesen berkenaan terpaksa dilaksanakan bagi mengelak pemilik lesen mengalibabakan lesen mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan