Shahrizat Kekal Ketua Wanita UMNO Keputusan Tepat - Berita Semasa | mStar

Shahrizat Kekal Ketua Wanita UMNO Keputusan Tepat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno adalah tepat dan tidak perlu dipersoalkan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata ini kerana keputusan tersebut dilakukan hasil persetujuan bersama kira-kita 1.3 juta ahli Wanita Umno dari seluruh negara.

"Orang ramai (ahli Wanita Umno) yang pilih beliau sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia dan beliau tidak bersalah apa pun. Kalau ada pun ia berkaitan dengan dengan suami dan anak beliau, itu tidak ada kaitan dengan kepimpinan beliau sebagai Wanita Umno," katanya.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita selepas Program Pusat Sehenti Kesihatan: Periksa Sendiri dan Perasmian Trek Jalan Kaki Komuniti Pantai Peringgit di sini, Sabtu.

"Kita percaya keputusan itu juga tidak menjejaskan sokongan pengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata penubuhan 59 buah Pusat Sehenti Kesihatan: Periksa Sendiri di negeri itu bertujuan melahirkan masyarakat sihat dan mengurangkan jumlah bilangan rakyat di negara ini yang menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan kegemukan.

Beliau berkata kewujudan pusat sehenti di 24 buah balai raya, 20 buah sekolah dan 15 buah jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri itu beroperasi sebagai medium membantu orang ramai menjalani saringan kesihatan dengan mudah tanpa perlu ke klinik kesihatan.

Katanya pusat tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perabot, peralatan komputer dan teknologi maklumat (ICT) serta kemudahan riadah.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan