Nalakaruppan Tidak Berganjak, Cabar Anwar Segerakan Tindakan Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.

Malahan, Nalakaruppan mencabar ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya menyegerakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, Nalakaruppan berkata peguam Anwar telah menghantar notis tuduhan fitnah dan berniat jahat terhadap ketua pembangkang itu pada Khamis lepas yang memberinya tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan itu.

"Saya telah menerima notis itu dan saya tidak akan menjawab suratnya itu. Saya akan terus bercakap mengenai beliau sehingga beliau mendakwa saya di mahkamah," katanya.

Senator Mohamad Ezam Md Noor yang hadir dalam sidang akhbar itu berkata tindakan Anwar menghantar notis itu menunjukkan bahawa beliau takut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan baiknya itu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan