MIC Adakan Sesi Perjumpaan Dengan Pengundi Bulan Depan - Berita Semasa | mStar

MIC Adakan Sesi Perjumpaan Dengan Pengundi Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pemilih di seluruh negara mulai bulan depan, kata presidennya Datuk Seri G. Palanivel pada Sabtu.

"Jentera kami sudah bersiap sedia untuk tujuan ini. Langkah pertamanya ialah mengadakan perjumpaan dengan pemilih daripada parti sendiri. Kami akan memulakan langkah ini di Selangor, Perak dan Kedah. Tiga negeri ini amat penting bagi kami," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa perhubungan MIC tiga negeri itu juga akan menemui pemilih.

"Ia akan menjadi suatu cara perhubungan, di samping untuk mendapatkan maklum balas tentang isu penting. Tiga negeri ini merupakan medan pertarungan penting bagi kami kerana kami mahu menarik balik undi kaum India.

"Ini soal menawan kembali hati dan minda pemilih. Setiap pekerja parti perlu menjadi soldadu parti dan masyarakat. Kami perlu bersedia untuk bertempur. Parti pula perlu berusaha sepenuhnya. Kami sedang menguji jentera kami," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, MIC bertanding bagi sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi negeri, tetapi hanya memenangi tiga kerusi parlimen - Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan tujuh kerusi negeri. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan