Malaysia Airlines Tambah Kekerapan Rangkaian Jarak Jauh

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menambah kekerapan penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur ke Beijing, Manila, Phnom Penh, Los Angeles, Taipei, Bangkok, Medan dan Jakarta, mulai esok (Ahad) berikutan permintaan yang tinggi untuk laluan berkenaan.

Sektor berkenaan akan menyaksikan peningkatan tempat duduk secara berperingkat-peringkat, daripada 19,540 tempat duduk kepada 24,820, menjelang 1 Mei, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata sebahagian besar laluan ini akan menggunakan pesawat B737-800 dan B777-200, kesemuanya dilengkapi skin TV peribadi dan ruang kaki yang lebih luas untuk keselesaan pelanggan.

Kekerapan tambahan itu juga menawarkan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk melancong, sambungan perjalanan yang lebih selesa, malah menghadiri acara seperti Festival Bunga Api Penghu di Taiwan, Pameran Buku Antarabangsa Beijing, Cocoa de Flores di Manila.

Syarikat itu berkata pelawat kini boleh mengambil kesempatan ke atas penambahan 50 peratus kekerapan penerbangan menerusi 21 penerbangan mingguan pergi balik kelas ekonomi antara Kuala Lumpur-Manila mulai RM1,357.

Bagi perjalanan ke Phnom Penh, pelanggan boleh menikmati tiket pergi balik kelas ekonomi pada tambang RM814 dan lebih banyak pilihan menerusi 55 peratus tambahan kekerapan kepada 14 penerbangan seminggu mulai 1 Mei.

Kenyataan itu menyebut penumpang ke Indonesia pula mempunyai lebih banyak pilihan, dengan tambang pergi balik kelas ekonomi daripada RM647 ke Jakarta dan RM477 ke Medan apabila Malaysia Airlines menambah kekerapan mingguan kepada 42 penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta mulai esok dan dua kali sehari bagi laluan Kuala Lumpur-Medan.

Bagi perjalanan ke Bangkok, tambang pergi balik bermula dari RM883, dengan syarikat penerbangan negara itu memulakan empat penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Bangkok, juga mulai esok.

Untuk tawaran menarik yang lain, orang ramai boleh melayari laman web Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines.com, Pusat Panggilan Malaysia Airlines di talian bebas tol 24 jam 1-300-88-3000 dan semua pejabat tiketnya di seluruh negara.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan